
INI CERITA YANG SEBENAR BENARNYA TIADA COVER COVER DAH .ATAU NAK MENJAGA NAMA NAMA SESIAPA PUN LAGI. ..
Mados pejabat TMJ
Aku bertolak dari taiping kira kira pukul 6.00ptg , waktu tu highway dari kuala lumpur ke johor belom ada , ikut jalan lama. so memang rasa punya lama. aku sampai di johor baharu kira kira pukul 6.30 pagi . disebabkan masih pagi aku relax dulu di stesyen keretapi johor bahru sebab aku turun bas di hadapan stesyen keretapi johor bahru. bila hari dahs emakin siang iaitu kira kira dalam pukul 8.00pagi aku menaiki teksi yg tahu pergi ke alamat yg di berikan iaitu di ( mados .pejabat tengku mahkota johor ) .aku di sambut oleh seorang wanita cina bernama miss tan , dia memang sangat baik. dia bertanya aku sudah sarapan ke belum. apabila aku cakap belum dia terus menyurus seorang staff pejabat lelaki india membawa aku pergi sarapan. aku ikut sahaja. tempat kami makan tu pun aku rasa sekarang dah tak ada sebab di bina highway.
Istana Pasir Pelangi..
Apabila siap makan ( makan roti canai ) kami balik semula ke mados , sampai di mados miss tan suruh aku masuk ke sebuah bilik di bahagian belakang office untuk tidur. beliau kata aku dah tentu penat perjalanan jauh. memang bilik itu bilik tetamu agaknya.lengkap katil dan berhawa dingin. aku tidur sampau pukul 3.00 ptg. setelah aku bangun. dan setelah siap mandi. aku ke ruang depan office berjumpa miss tan. miss tan tanya aku dan bersedia berjumpa boss. aku cakap ya. ingatkan di pejabat tu la. pejabat tu ialah sebuah rumah villa yang besar. miss tan belum lagi beritahu aku dengan siapa aku berkerja. cuma yg aku masih ingat beliau menghubungi seseorang supaya datang mengambil kami. dan aku juga masih ingat yang datang mengambil kami seorang lelakmelayu tak silap namanya pak yaakob. berpakaian bush jacket putih memandu sebuah van berwarna ungu bernombor JDJ 1, Sebelum bertolak aku di ajar iaitu apabila berjumpa boss nanti salam dan cium tangan. tunduh hormat. dari itu hati aku terdetik berklata aik macam nak berjumpa sultan je ni. sebab waktu kematian Allahyarham tun hussein antara tetamu vvip yg datang ialah sultan perak , sultan kedah dan sultan pahang dan aku di tugaskan menghidang minuman untuk mereka. aku di ajar oleh isteri DS Hishamuddin ( Tengku Marsila ) bagaiman nak berdepepan dengan mereka mereka ini. ( protokol le )
TMJ ( Baginda Sultan sekarang ) DI PADANG POLO.
Kami di bawa ke sebuah tempat yang mana waktu mula mula masuk kami melintasi kawasan stable kuda. itulah pertama kali aku tengok kuda secara live , lepas tu melepasi tempat tempat paking kereta yg semuanya mahal mahal. and that is the first time aku tengok semua kereta kereta seperti itu secara live. cuma aku hairan pasal semua no satu dan plate no dia tulis johor dan tmj. waktu itu aku belum tahu dna kenal lagi. kami sampai ikut pintu belakang . pertama yg kau nampak bila masuk ialah meja snooker. aku di suruh duduk disebuah bilik.dalam 10 minit miss tan panggil nama aku. aku keluar dari bilik dan di seorang lelaki berjambang duduk di atas sebuah kerusi. dan aku di perkenalkan orang itu ialah TENGKU MAHKOTA JOHOR ( Tangku Ibrahin sekarang DYMM SULTAN JOHOR ) . nak habag mai waktu itu aku terus terang rasa nak tekencin punya takut. ya la waktu tu bodo lagi budak kampong. kita di ajar disekolah supaya takut dekat mereka mereka ini lebih dari takut Allah.
Ini Engku Faisal ketua pengiring peribadi TMJ dan sekarang Baginda sultan..
Aku di tanya beberapa soalan ,lepas itu seorang budak lelaki dalam usia 11 tahun datang. aku masih ingat ayat yg di katakan oleh TMJ kepada budak itu ( Teak ( Tengku Ismail) ni huh orang yg akan jaga Teak . Teak tu panggilan manja . dan Tengku Teak terus menyorok belakang TMJ. Miss Tan beri isyarat dekat aku supaya bersalam dan mencium tangan. aku terus ke arah TMJ dan bersalam dengan Tengku Teak yg masih segan segan. kemudian aku masih ingat TMJ bercakap dgn beberapa orang tentang bilik. ada sebuah bilik yg di duduki oleh seorang pekerja istana. dia di suruh berpindah ke bilik lain di kawasan stable kuda. aku pula di suruh duduk di bilik yg di kosongkan itu. bilik itu bersambong dengan istana , bilik tersebut lengkap dgn bilik mandi. 2 buah katil. acon , telefon , intercom dan ruang tamu lengkap dgn sofa. untuk hari pertama aku di ajar oleh seorang wanita yg ku panggil kak shida ( kak shida ni adik angkat Raja Zarith Sofhia Isteri TMJ ) Kak shidalah yg mengajar aku segala galanya , tugas tugasku . aku di perkenalkan dengan boy boy istana ( pertugas istana ) dayang dayang istana ( penjaga anak anak lain dan tukang masak. tukang masak ada 2 orang satu masak melayu satu lagi masak western. yg masak western ni chef yg pakai topi tinggi tu.kami makan memanglah dalam istana. tukang masak makanan melayu tu yg masak.
Motorsikal yg selalu di gunakan untuk mengikut tengku teak kalau beliau memandu kereta ferrari.

Aku di beritahu tugas tugas apa aku patut buat. di mana nak mula dna gaji aku. cuba ko orang agak berapa gaji aku sebagai pembantu peribadi anak anda TMJ . Mesti orang ingat kerja pembantu peribadi cucu sultan. kerja di istana gaji mesti tinggi. Lantui . gaji aku ialah rm 200 sebulan. memang aku tekejut ,memang aku menyesal. tapi nasi sudah menjadi bubur. aku dan berada dalam istana. apa nak buat. mungkin waktu itu aku tak berapa fikir pasal duit so aku terima je. tapi kalau sekarang suruh aku kerja istana dgn gaji rm 200 . aku ludah mereka depan
depan. kuda berpuluh puluh, istana berpuluh, kereta beratus ratus, bot berbiji biji, helicopter berbuah buah , motosikal berpuluh. gaji orang jaga anak rm 200/ apa dahhh. tapi macam aku kata waktu tu aku ni bodo lagi.

Mula mula aku kerja Tengku Teak tidur dengan TMJ dalam bilik beradu TMJ dan Raja zarith. jadi aku susah sikit.tak kan pagi pagi aku nak langgar masuk je bilik beradu TMJ. dekat 2-3 bulan pukul 9.00 aku tunggu di ruangan atas luar bilik TMJ sampai Raja Zarith keluar. baru aku berani amsuk kejutkan Tengku Teak. Tengku Teak ada bilik sendiri di bawah. tapi dia takut nak tido seorang. so aku beranikan diri memohon dekat Raja Zarith untuk membawa Tengku Teak tido di bilik dia. dgn alasan . aku dapat dgn syarat aku kena tido sekali dalam bilik Tu . ok lah taka da masaalah . carpet je pun dah macam tilam. so Tengku Teak tido atas katil aku bentang tonto atas karpet. memang la tak selesa kan. so lama lama aku dapat idea. bila Tengku Teak lelap je aku keluar pelan pelan turun tido di bilik aku. bertahun aku buat cma tu. pagi pagi aku masuk le bilik.
Van yangs elalu di gunakan untuk menghantar tengku teak ke sekolah
Tugas tugas aku sebaik sahaja Tengku Teak bangun ialah melayan dia bermain. kemudian bagi dia mandi. lepas tu bagi tahu tukang masak Tangku Teak dah bangun buat sarapan , setalah siap mandi aku bawa tengku teak naik ke tingkat atas di mana dia akan bermain dengan adiknya iaitu tengku aminah ,tengku idris dan tengku jalil. sementara aku turun ke dapur mengambil sarapan dna bawa ke atas . sambil dia bermain aku suapkan makan dan minum dia . setelah siap aku tinggalkan dia dengan adik adik dia.sementara ku turun ke bawah menyediakan kelengkapan untuk ke sekolah termasuk mengosok pakaian sekolah dia. menyediakan beg sekolah. dan bekal makan dan minuman. makanan dna minuman di bawa dari istana bukan di beli di kantin. selalunya sandwich . pukul 12.00tghri aku bawa Tengku Teak mandi sekali lagi. dan di pakaikan pakaian sekolah ,pemandu yg di tugaskan menghantar tengku teak ke sekolah ialah ( rawa ) pemandu india. orang lama. dan selalu kami naik van unggu bernombor JDJ1 atau proton saga pink yg dah di ubahsuai bernombor JDD1 . kami menghantar tengku teak ke sekolah. tengku teak selalunya akan duduk di atas riba aku dan sehelai tuala kecil akan menutup mulutnya sebab dia suka hisap ibu jari.sampai disekolah selalu aku akan menghantar sampai ke kelas. kemudian kami akan balik.
Dalam perjalanan ke sekolah atau pulang dari sekolah..
Pukul 3.00 kami akan pergi semula ke sekolah iaitu waktu rehat , aku akan temankan tengku teak makan , dia selalu bermain dgn kawan akwan dia. sambil sekejap datang makan kemudia main lagi kemudian manakan. bila waktu rehat habis. dia amsuk kelas aku balik ke istana. waktu inilah aku akan makan , mencuci pakaian pakaian dia. mengosok. dan berehat. nanti pukul 5.00ptg akan pergi semula ke sekolah untuk menjemput dia. selalu lepas sekolah kami tidak terus balik ke istana sebaliknya akan ke pantai iaitu disetulang laut. selalunya disetulang laut adinda TMJ iaitu Tengku Abdul Majid idris akan bermain wind surfing ataupun Alamrhun Sultan Iskandar bermain bot atau jet ski. dah puas dah senja baru kami balik ke istana , aku akan mandikan tengku teak. lepas tu hantar dia bermain dgn adik adik dia di bahagian atas. rehat jap. lepas tu turun bawha ambil makan malam dia. sambil dia bermain sambil aku suapkan makan. tengku teak ni kadang kadang degil gak. kalau nak bagi dia takut jgn cakap nak mengadu dekat TMJ dia tak heran.tapi kalau cakap nak mengadu dekat Raja Zarith Sofhia memang dia takut, sebab kalau Raja Zarith sofhia marah di sebat betul betul. siapa cakap anak sultan tak kena pukul. sebab tu kalau raja zarith marah aku cepat cepat bawa tengku teak lari. itulah kerja aku sama je bertahun – tahun .
Antara lain kerja aku bawa tengku teak ke shopping complex kalau dia nak shooping. selalau kak shida mesti pergi sama, atau bawa tengku teak ke tepi pantai stulang . atau bawa tengku teak dan adik adik main di padang polo atau stable kuda. ada sekali tengku teak bawa lari kereta golf yg kami naik macam nak mati aku kejar.padang polo tu bukan kecik. macam lapangan terbang. boleh dia tinggal aku di hujung padang polo. ataupun melayan mereka mandi di dalam swimming pool di tepi istana pasir pelangi. aku pun mandi sama la.
Mandi bersama anakanda anakanda di swimming pool sebelah istana.
Aku mengaku di sini TMJ dan Raja zarith sofhia memang baik hati, memang tak sombong itu aku mengaku. memang mereka tak pernah meninggikan suara dekat aku. selalunya tengku teak akan bermain dalam bilik beradu TMJ bersama adik adik dia dan raja zarith sofhin. TMJ selalu taka da di istana. bila dia dah terlena Raja zarith sofhia akan buka pintu bilik dan beritahu aku. aku akan masuk dan mengangkat tengku teak dan bawa dia ke biliknya. bagi dia tidur .bila dah lena aku tutup lampou dan turun ke bilik aku untuk mandi. makan dan berehat. selalunya dalam pukul 1.00 – 2.00 pagi TMJ akan balik . dalam 10 minit dia mesti telefon bilik aku suruh aku naik ke bilik dia dgn raja zarith. jgn dok fikir bukan bukan ok. sambil TMJ baring atas tilam ,dia akan makan makanan yg disediakan disebelah tempat tido. dan menonton video. ( dulu video la mana ada dvd atau astro. tugas aku ialah mengurut kaki TMJ. Aku selalu urut sampai sejam. smapai naik lengoh. waktu inilah kami selalu berbual. TMJ memang melayan aku baik. dia tanya asal usul aku. keluarga aku. pengalaman aku. mcm mcm lain lain hal kami berbual. apabila TMJ dan nak beradu aku akan disuruh buat satu barang ( TAK PAYAH AKU CERITAKAN TAPI BUKAN BENDA KOTOR.LUCAH ATAU JIJIK OK ) setiap manusia akan ada sesuatu yg mereka akan buat atau mahu ketika mahu tido. betul tak? so ko orang tak payah ambil tahu apa TMJ buat sebelum tido. dans elalunya TMJ akan menyuruh aku abwak makana atau buah buahan ke bawah untuk aku makan. woi aku makan bekas TMJ woo. bekas tu bukan lebihan tapi makanan yg baginda belum sentuh lagi la.

Hidup aku sama je macam tu lah setiap hari. cuma tak silap aku setiap hari khamis kami kena bawa semua anak anak TMJ ke istana bukit sereen untuk berjumpa dengan Almarhum sultan iskandar. mereka akan bermain dalam bilik Almarhun. aku tak pernah masuk bilik tu. aku selalu lepak dan relax di bahagian luar je. aku masih ingat waktu mula mula kerja dulu aku ada berselisih dgn Almarhun di dalam ruangan luar bilik Alhamrhum beradu. dan aku masih ingat Almarhum sultan iskandar bertanya kepada aku. ( Awak siapa ? ) memang aku takut sangat naik gemuruh bila berdepan dengan Almarhum. aku jadi klu. nasib baik kak shida ada. dia yg perkenalkan aku dengan Almarhum. Almarhum terus berkata ( Awak jaga tengku teak baik baik ) aku terus salam dan cium tangan Almarhum kemudian beliau terus masuk ke bilik. kami selalu balik ke istana pasir pelangi dalam pukul 10.00 atau 11.00 malam. dan kalau hari tak sekolah petang petang aku selalu kena bawa tengku teak ke padang polo. sebab TMJ selalu bermain polo.aku selalu naik motosikal atau kereta golf. manakala tengku teak pula selalu naik kereta golf dgn aku atau kereta ferrari mini dia.

PENGALAMAN PENGALAMAN TAK DI LUPAKAN….
1 ) Aku masih ingat ada sekali tengku teak dgn tengku aminah menyakat aku. mereka menyorok hampir satu jam aku mencari. ingat senang ke dalam kawasan istana. dengan stable kuda, garage kereta, padang polo. rumah kelab. punyalah aku takut. rupa rupanya dia menyorok dalam satu kereta ferrari TMJ. tu pun tukang cuci kereta beritahu aku. tidak mampos tak jumpa. tak kan aku nak check berpuluh kereta yg ada. satu garage je dekat 10 biji kereta. ada 11 garage. waktu itu. memang rasa nak tampo je waktu tu. tapi walaupun aku muda aku tahu siapa aku. tu pun nasib baik TMJ dan Raja Zarith tak tahu. tidak mampos aku. ada sekali pulak aku tengku teak bawa kereta golf ,aku duduk sebelah,. tengku aminah duduk atas riba aku. tau tau tengku teak buat pusingan 90 darjah apa lagi terpelanting kami berdua. nasib baik aku jatuh dulu tengku aminah atas badan aku. kalau dia di bawah parah aku. tu pun siku dia tercalar luka. aku terus terang cakap Allah sahaja yg tahu bertapa punya takut. memang aku marah tengku teak wkatu tu. cuma tangan je tak naik. kami balik ke istana. aku terus bawa tengku aminah mengadap Raja zarith. aku memang buntu nak jawab.nasib baiklah dengan kuasa Allah tengku teak mengaku dia yang salah. solamat den tidak entah la. Raja zarith terus telefon DR suruh datang.
Tengku Ismail ( Tengku Teak ) dan Tengku Jalil ( bukan tengku idris. )
2 ) Dua kali aku di cuba . pertama duit rm 500/ di letakan di bilik tengku teak. kedua camera kecil model baru. duit tu aku ambil aku serahkan kepada raja zarith sofhia. camera tu pulak aku ambil letakan dalam laci .sebab kalau hilang sah aku yg kena jawab. bila TMJ tanya aku aku beritahu la camera tu dalam laci. baginda suruh aku ambilkan. cara TMJ dan raja zsrith sofhia mengajar anak anak mereka memang tegas. bukan lah macam cerita tok nadong dulu dulu.anak anak sultan di layan bagaikan emas. mereka di layan sama seperti anak anak orang lain. sampai masa di suruh mandi sendiri, pakai pakaian sendiri. makan sendiri. tapi kadang kadnag kau buat juga. sebab waktu aku jaga tengku teak aku memang sayang dekat dia macam adik aku. janganlah ada sapa sapa berani sentuh dia. malah aku pernah kena marah dgn raja zarith sofhia pasal terlampau manjakan sangat tengku teak. mana tidaknya dia nak kena pukul aku bawa lari. waktu aku kerja istana memang aku dpaat merasa semua. naik kereta mahal, kereta panjang, naik heli, naik boat. semua aku dapat rasa. duduk dalam lamborgini, dalam limousines, dalam ferrari. semua aku dapat rasa. tapi ye la semua tu orang punya.
3 ) seorang lelaki cina singapura di belasah dengan teruk oleh pegawai polis berpangkat inspektor yg menjadi ketua pengiring TMJ dan anak angkat al marhum yg menjadi boduguard TMJ ( Roslan ) . lelaki cina itu di belasah dengan mengunakan kayu polo ,kaki dan tangah. bukan sahaja di belasah kereta BMW lelaki cina tersebut juga habis hancur berkecai cermin cermin ,lampu lampu dan body kereta tersebut hancur di pukul dengan kayu bessboll. kalau tak silap jamil lelaki cina singapura itu di bawa balik ke istana dan di belasah kerana kenderaan beliau yg baru keluar dari kastam johor hampir bergesel dengan kereta TMJ. betul atau tidak tak tahu lah tapi itulah yg aku dengar. jamil terpaksa tengok kerana tengku teak pergi tengok. dalam 2-3 minit TMJ mengarahkan jamil membawa tengku teak naik ke atas.
4 ) Jamil di marahi oleh anakanda Almarhun sultan iskandar tengku maimunah kerana tidak memakai songkok dan memanggil kuda beliau kuda. sebaliknya dia mahu jamil memanggil kudanya TENGKU . haiwan kuda aku disuruh panggil TENGKU tak ke gila punya kerja. tapi itu lah mereka. tak pe la waktu itu aku bodo bodo lagi. tapi kalau sekarang mahu aku maki hamun .ape ingat sekarang zaman kesultanan melaka ke. nak buat orang balaci sesukahati. Rakyat susah tak makan mereka boleh tolong ke.
5 ) Aku di buang kerja hanya kerana kesalahan kecil yg aku sendiri tak tahu dan tak rela. hanya kesilapan kecil . langsung tak selidik betul betul. langsung tidak boleh memaafkan seolah olah mereka terlampau mulia. terlampau baik, terlampau ikut agama. kalau rakyat bawahan semua salah tak boleh tapi kalau mereka di atas always tood their are GOD. can do everything and anything… nanti aku ceritakan.
APA YANG MENGHAIRAN JAMIL…..
Kita orang melayu ,ornag bawahan , orang kampong , rakyat bawahan atau rakyat marhaen di arah , di suruh di ajar , di suruh apa bila jumpa sultan dan raja. sembah , salam cium tangan , tunduh, jgn bersuara , takut macam jumpa orang yg paling berkuasa di dunia. jumpa jembalang. kalau gatal pun tak berani garu. nak menguek sikit .berdiri tegak, tangan ke bawah tapi pengalaman jamil di istana atau dalam you tube atau dalam majalah tatler jamil tengok kalau orang putih , mat salleh , atau koperat koperat cina yg akwan rapat dgn sultan atau raja , tak perlu pulak mereka menyembah , salam dan cium tangan, tunduk, siap berdiri selok poket lagi. siap sambil berdiri atau minum,, siap ketawa terbahak bahak. ada yg sambil berani tampar bahu. tapi kenapa kita melayu kena buat semua ini. adakah kita melayu di anggap sampah. bangkai, najis, hina sangat kah kita melayu sampai di jadikan haprak. fikirlah wahai orang melayu.
Ada yang hantar sms , email , komen ,, pm. tanya jamil tak takut ke. atau jgn cari bala. atau cari penyakit.
Jawapan jamil ialah kenapa nak takut , kenapa cari bala , kenapa cari penyakit plak. jamil tidak melakukan fithnah atau buat cerita. tunjukan satu ayag yg mengatakan yg jamil hina kleuarga di raja johor. dalam aku kena belasah kena pukul pun aku masih puji mereka. semua yg jamil luahkan adalah pengalaman diriku.bukan rekaan bukan tohmahan bukan tambahan bukan hasutan, bukan cacian, dna bukan penghinaan. itu pun ada perkara atau kejadina yg jamil tak ceritakan sebab hal itu boleh mengaibkan istana dan baginda sultan. kalau ada mana mana kerabat di raja .anakanda anakanda baginda terbaca. dan jamil tahu mereka ada masuk blog jamil atau baginda sultan sendiri .dan jika ada tuduhan tuduhan jamil sudi mengadap jika di titahkan. i will not going to run away.that not my style. ok
Aku di buang kerja bersambung !!!!!!!!!